*saya*kamu*dia*kami*mereka*

My Photo
Name:
Location: kota tinggi, johor, Malaysia

a girl who is trying to be a good GIRL, DAUGHTER, STUDENT & a MUSLIMAH

Tuesday, January 25, 2011

menjadi muslim terbilang. ayuh!

Assalamualaikum wbt semua ;)

ok, kali ini, entry saya serius. jangan
gelak. sengih je boleh. ok? hehehe


sejak kebelakangan ini, sering terpampang di dada akhbar tentang 'keruntuhan akhlak remaja', 'politik yang semakin meruncing', 'gejala sosial semakin tak terkawal', 'maksiat berleluasa' & etc2. tak larat den nak coretkan di sini. banyak sangat.

setiap kali terbaca kisah2 buruk ini, pesan Saiyidina Ali KWJ terbayang-bayang di minda saya. apa pesan beliau? jeng jeng jeng~ pesan beliau :
" lihatlah generasi muda untuk menilai masa depan ummatnya "

kenapa Saiyidina Ali menyebut ummat? kenapa tidak bangsa? kenapa tidak rakyat? kenapa tidak manusia? kenapa tidak orang? kenapa? dan kenapa?

one thing I don't know why. yeah!~

hehe. gurau2.

kerana, kita ini beragama Islam. Islam itu agama dari Allah, agama yang benar. kalau beliau kata bangsa, bangsa boleh lenyap. kalau beliau kata rakyat, rakyat boleh hilang. kalau beliau kata manusia, manusia boleh mati, kalau beliau kata orang, orang sama dengan manusia. hehe. tapi, Islam, Islam tak kan lenyap. itu janjiNya. ummat Islam akan ada dan terus ada di muka bumi ini.

jadinya, takut tak tengok generasi sekarang? generasi ku. takut kan? sedih? huh! op kos la sedih. lagi sedih bila generasi itu seagama kita. tapi! tapi, tapi, kita bisa merubah semua itu. ya! insyaAllah, dengan izin & rahmatNya, kita bisa merubah semua itu.

TAPI

adoi, ada tapi lagi ke? tapi apa?

tapi, sebelum kita nak ubah sekeliling, kita kenalah ubah diri kita. menjadi yang lebih baik. kalau kita tak ubah diri kita, macam mana kita nak ubah sekeliling. ye tak? setuju? tak? ok, cuba tengok peti ais kat rumah kita. kenapa kita simpan air dalam peti ais? kita nak jadikan air tu sejuk kan? tapi, sebelum air tu sejuk, kita akan make sure peti ais tu sejuk dulu. betul tak? ha, peti ais tu macam kita la. kita kena berubah dulu, then barulah sekeliling akan berubah sama. setuja dah? bagus~

TAPI

tapi lagi?! sabar2. hehe

tapi macam mana nak ubah diri? erm, bisa di atur pak, buk. sebelum itu, harus di ingat, setiap hari, kita kenalah ubah diri. DAN ubah ke arah kebaikan, bukan berubah menjadi lebih buruk ya rakan2. maklum di situ ya. kata para bijaksana :
jika hari ini lebih baik dari semalan, maka kamu beruntung, jika hari ini lebih buruk dari semalam, maka kamu rugi dan jika hari ini sama dengan semalam, maka kamu tidak beroleh apa-apa.

ok, back to our topic. so, bagaimana nak jadi lebih baik? senang sahaja.
tepuk dada, tanya iman
:)

dewasa ini, banyak peluang terpampang di depan mata untuk kita perbaiki diri kita. talk agama merata-rata, video ceramah agama tersebar luas, medium bertanya yang lebih pakar terbuka luas, individu bertauliah semakin ramai. apalah salahnya, andai di kala anda melayari laman sesawang FB, anda buka juga website iLuvIslam. apalah ruginya, andai ketika membuat assignment, anda ada dengar ceramah ustaz kazim. apalah sangat, jika berborak bersama rakan2, anda bangkitkan isu yang bermanfaat.

jika tak tahu, tanya. jika tak faham, belajar. jika was2, pastikan. jika pelik, kaji.

namun, harus di ingat, jangan terlalu berpegang kepada 1 sumber sahaja. pelbagaikan. juga, jangan terlalu bergantung dengan penerangan di buku, dapatkan penerangan dari orang yang lebih arif.

erm, rasanya sudah cukup saya menaip kali ini. sebelum saya mengakhiri post kali ini, ingin saya kongsikan sepotong ayat.

"amalan yang paling sukar di lakukan adalah amalan yang paling afdal"

ingat, AMALAN ya. bukan tabiat :)

mohon undur diri dulu ya.

wassalam.

ukhwah fillah abadan abada insyaAllah