My Photo
Name:
Location: kota tinggi, johor, Malaysia

a girl who is trying to be a good GIRL, DAUGHTER, STUDENT & a MUSLIMAH

Tuesday, February 15, 2011

hari kekasih!

assalamualaikum wbt kepada seluruh makhluk di muka bumi juga makhluk di langit.

segala puji bagi Allah SWT tuhan pencipta alam dan yang berkuasa setiap satu di alam ini.


di saat ini,

kita masih lagi bernafas.

masih lagi mampu membaca entry ini.

masih lagi mampu melayan FB.

masih lagi mampu.....

er, banyak sangat lah pula nikmat Allah.

tak ter-list. sekadar mampu mengucapkan الحمدلله الحمدلله الحمدلله berbanyak kali.


jika di lihat tarikh hari ini, cantik bukan?

15-02-2010

huh? tak cantik?

ala, mata orang tak da seni, memang macam tu.

mana cantiknya?


cantiknya tarikh ni bukan terletak pada susunannya.

tidak seperti cantiknya susunan 20-10-2010

cantiknya tarikh ni bukan terletak pada bunyinya.

tidak seperti 11-11-11


tapi,

cantiknya tarikh ini terletak pada peristiwanya.

cantiknya tarikh ini terletak pada ruhnya.


apa peristiwa itu?

apa ruh yang di maksudkan?

ya! mungkin ramai yang dah tahu.


12 RabiulAwwal 1432 [15-02-2011]

satu tarikh yang cukup bermakna.

satu tarikh yang cukup bersejarah.

satu tarikh yang cukup memberi seribu satu hikmah.


tarikh lahirnya penutup segala nabi & rasul.

tarikh lahirnya pelengkap ajaran Islam.

tarikh lahirnya kekasih الله.

tarikh lahirnya idola kita.


ya! Dia. Baginda.

رسول الله


ok. entry saya kali ini, ingin saya kongsikan sedikit tentang akhlak baginda.

saya jua seorang muslimah biasa2 sahaja. namun, apa yang saya tahu, saya kongsikan.

jika kalian ada ingin di kongsi bersama, mari! n_n


1) baginda amat pemaaf

pernah mendengar kisah baginda dengan seorang wanita Yahudi?

tak pernah? ok, mari saya cerita dengan ringkas.


al-kisah, ada seorang wanita Yahudi ini, yang amat memusuhi baginda. setiap kali baginda melewati rumahnya, beliau akan melontarkan sampah-sarap, malahan najis juga, ke arah

baginda. Baginda sedikit pun tidak membalas.

namun, suatu hari, ketika baginda melintasi rumah wanita tersebut, tiada apa-apa yang terjadi. baginda merasa hairan. lantas, baginda bertanya kepada jiran-tetangga wanita tersebut. di maklumkan, beliau sakit.

mendengar perkhabaran itu, baginda segera pergi melawat wanita tersebut. alangkah terkejutnya wanita itu dengan kehadiran baginda. dan kerana tiu, wanita itu melafazkan syahadah. takbir! !!الله اكبر n_n


mari kita reflect kembali ke dalam diri kita.

pemaaf kah kita?

erm, saya pun, kadang-kala, amat sukar nak maaf kan orang. cepat je nak melenting.

tahukah kita, bila kita marah, kita akan berkerut, otot2 akan menegang.

maka, proses penuaan akan bertambah cepat.

oleh itu, orang cepat marah, akan cepat tua.

so, jangan marah2, baru la boleh awet muda macam saya! *wink2*


kemarahan adalah salah satu lubang untuk syaitan gunakan untuk masuk ke dalam diri kita.

bila kita marah, syaitan akan gunakan peluang ini sebaik mungkin.

sebab itulah, kita sering mendengar mahupun membaca berita tentang kematian yang di sebabkan dendam.

uish! takut kan?

oleh itu, mari kita jadi pemaaf. ayuh! sedangkan Rasulullah s.w.t yang memang sah2 masuk syurga pun memaafkan orang, inikan pula kita, hambaNya yang kerdil.

jadi, sebelum tidur, niatkan dalam hati, "aku maafkan semua orang & insyaAllah, aku yakin, andai aku memaafkan orang, orang juga akan memaafkan aku".

boleh kan?


2) baginda amat penyabar

pernah mendengar kisah baginda dengan pengemis tua?

tak pernah? ok, mari saya cerita dengan ringkas.


ada seorang pengemis tua yang buta di pasar Madinah. setiap hari, apabila ada orang yang mendekati beliau, beliau akan berkata

"wahai saudara, jangan engkau dekati Muhammad. dia itu orang gila. dia itu pembohong. dia itu tukang sihir. apabila kalian mendekatinya, kalian akan dipengaruhinya".

setiap pagi, baginda akan datang kepadanya & menyuap beliau dengan makanan tanpa berkata apa2 walaupun pengemis tua itu sering mengutuk baginda tanpa beliau sedari. sehinggalah baginda wafat, pengemis itu tidak tahu siapa yang menyuapnya setiap hari.

apabila Rasulullah wafat, sahabat baginda, Abu Bakar r.a cuba untuk mengamalkan segala sunnah baginda. dengan itu, baginda telah pergi ke pasar Madinah untuk mencari pengemis buta itu.

apabila Abu Bakar ingin menyuap pengemis itu, pengemis itu marah. katanya

"siapa engkau?"

dan Abu Bakar menyatakan beliau adalah orang biasa yang sering menyuapnya. namun, pengemis itu tidak percaya. menurutnya,

"tipu! orang yang biasa tidak akan menyuapku sehinggalah dia menghancurkan makanan itu terlebih dahulu sebelum menyuapku"

Abu Bakar tidak dapat menahan sebak, lalu berkata

"dia yang sering menyuapmu itulah Muhammad & baginda telah tiada.".

mendengar perkara itu, pengemis itu sangat malu & bersedih. menurut beliau, beliau sering berkata buruk tentang Muhammad, namun baginda tetap datang memberi makan kepadanya tanpa berkata apa2 mahupun berbuat apa2.

setelah itu, pengemis itu memeluk Islam di hadapan Abu Bakar. mabruk! n_n


kita? woho~ tak perlu tunggu orang lain kutuk depan2.

cukuplah sekadar kita mendengar perkhabaran tentang diri ini di kutuk.

mengamuk sakan. sumpah seranah, kalau tak cukup setengah lori, tak sah.

sedangkan, andai di tegur secara baik pun, kadang kala kita mengamuk, inikan pula jika di tegur secara kasar.

erm, fikir2kan & renung2kan.


3) marah baginda, marah yang berhikmah

cerita ini, saya tak tahu secara detail, namun, insyaAllah saya akan cuba cari.


begini, ada seorang lelaki d zaman baginda, telah melakukan zina. lelaki tersebut telah membuat pengakuan di hadapan Rasulullah. namun, Rasulullah tidak memarahi lelaki tersebut dengan kata2.

tetapi, baginda menunjukkan kemarah baginda dengan perlakuan.

bagaimana?

ketika lelaki tersebut membuat pengakuan, baginda memalingkan wajah. berulang kali baginda melakukannya.


kita? kalau di beri peluang, nak je cekik2 orang tu kan?

namun, itulah akhlak Rasulullah. bijak dalam meluahkan marah.

seperti yang saya katakan di atas, bila kita marah, syaitan akan cuba untuk menguasai kita.


kadang kala, ketika marah, kita sering mengeluarkan perkataan yang mungkin suatu hari nanti, kita sendiri yang akan berasa sesal.

oleh itu, berhikmahlah dalam meluahkan kemarahan.


mungkin, boleh cuba cara ini. ketika marah :

1) istighfar banyak2

2) kalau sedang berdiri, kita duduk

3) tarik nafas dalam2

4) tutup mulut dengan tangan

5) S.E.N.Y.U.M

simple kan? n_n


4) peribadi baginda, tauladan sepanjang zaman

tutur kata

cara jalan

pemakaian

pergaulan

permakanan

pemerintahan


segalanya tentang baginda amat berhemah.

segalanya tentang baginda amat cantik.

segalanya tentang baginda amat berbudi.

terlalu banyak jika hendak di senaraikan tentang akhlak kekasih Allah ini.

banyak. sangat banyak!


kita sering kali berkata, "kahwin lebih 1 ini sunnah Rasulullah".

namun, kenapa kita tidak mahu meniru sunnah Rasulullah tentang keadilan?

kita sering kali berkata, "berambut panjang ini sunnah Rasulullah".

namun, kenapa kita tidak mahu meniru sunnah Rasulullah tentang kebersihan?

kita sering kali berkata, "solat terawikh ini sunnah Rasulullah".

namun, kenapa kita tidak mahu meniru sunnah Rasulullah tentang solat sunat yang lain?


ingatlah! Rasulullah ini sumber syafaat kita di mahsyar kelak.

andai kita tidak mahu mengikut sunnah baginda, macam mana baginda mahu mengaku kita sebagai umatnya?

andai kita tidak mahu mengikut sunnah baginda, macam mana baginda mahu memberi pertolongan kelak?


ingatlah kawan2. Akhlak baginda, bukan sahaja tentang kesabaran, keadilan & etc2. namun, akhlak baginda mencakupi segalanya.

baik dalam keluarga, dalam masyarakat, dalam pemerintahan, juga dalam beribadat.


erm, rasanya, sudah agak panjang kali ini. saya mohon diri ya.

semoga apa yang saya kongsikan ini, memberi manfaat kepada semua. juga kepada diri saya.

akhir kata, dari saya, SENYUM lah selalu. seindah suria.

p/s : saya kongsikan, video ini dengan kawan2 semua --> click di sini n_n

wassalam :)

[pernah tengok video clip Maher Zain - The Chosen One? kalau belum, meh click ]

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home