My Photo
Name:
Location: kota tinggi, johor, Malaysia

a girl who is trying to be a good GIRL, DAUGHTER, STUDENT & a MUSLIMAH

Tuesday, February 8, 2011

anak mak n_n


nama ibu :
Jamilah Bt Ibrahim

setiap orang ada ibu. itu persamaan kita semua. yang hanya membezakan kita adalah, ibu kita masih ada atau tidak.

kali ini, ingin saya kongsikan luahan hati seorang anak.

emak,
anak emak ini masih kecil lagi.
walau pada mata umum, anak emak ini dah besar panjang,
namun, pada mata emak, anak emak ini sama sahaja.

emak,
terlalu banyak benda yang anak emak ni perlu pelajari.
walau hati sering memberontak mengatakan diri sudah cukup dewasa.

emak,
orang lain tak bisa tahan dengan keletah anak emak ini.
macam mana ya, emak bisa tahan dengan anak emak ini?

emak,
walau buruk macam mana pun anak emak ini,
emak tak pernah abaikan anak emak ini.

emak,
walau jauh beribu batu,
tak ada siapa yang dapat ganti tempat emak.

emak,
emak tak pernah lupakan anak emak ini.
susah, senang, gembira, duka.

emak,
maafkan anak emak ini.
dikala senang, acap kali anak emak ini lupa akan mu.

emak,
anak emak ini sangat rindu akan dirimu,
seperti tidak mahu pergi jauh dari dirimu.


kerana,
hanya emak yang boleh menerimaku,
hanya emak yang boleh tahan denganku,
hanya emak yang boleh bersabar denganku,
hanya EMAK.


p/s : ayah, jangan cemburu ya, nanti anak ayah ni, buat 1 entry untuk ayah pula ya? :)


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home