My Photo
Name:
Location: kota tinggi, johor, Malaysia

a girl who is trying to be a good GIRL, DAUGHTER, STUDENT & a MUSLIMAH

Saturday, May 22, 2010

hari ini birthday DIA! ^_^

assalamualaikum kalam pembuka bicara. salam sejahtera pula menyusul ;)

hari ini hari sabtu, 22-05-2010. hari ini, 46 tahun yang lalu, telah lahir seorang insan yang sangat bermakna dalam hidup saya pada hari ini.seorang insan yang pada ketika beliau mula bernafas di bumi Allah ini, beliau tidak tahu akan kehadiran saya.ya, beliau adalah EMAK saya.EMAK abang saya.EMAK 7 orang adik saya.

tapi,malangnya saya terlupa akan tarikh ini.maafkan kakak emak.bukan saya tak ingat langsung,namun sering terjadi,saya ingat sebelum tarikhnya sampai,namun pabila tarikh itu tiba,saya lupa.maafkan kakak mak ;)

tanpa di sangka,adik saya yang mengingatkan saya.pada mulanya dia buzz saya di yahoo messenger, namun berat hati mahu melayan kerenah beliau kerana amat yakin beliau hanya mahu merepek.namum

[1:12:48 PM] nurul nadiah mohamed fauzi: nk pe la?
[1:12:52 PM] nurul nadiah mohamed fauzi: org ngah ad keje ni
[1:12:59 PM] fakhruddin fauzi: mak nk ckp
[1:13:20 PM] fakhruddin fauzi: ali2 kilija
[1:13:33 PM] nurul nadiah mohamed fauzi: ah ko
[1:13:35 PM] nurul nadiah mohamed fauzi: bohong
[1:13:52 PM] fakhruddin fauzi: |-(
[1:14:33 PM] fakhruddin fauzi: ko ni...kn ari ni besday mak
[1:14:38 PM] fakhruddin fauzi: dh la xwish

dush! aduh..saya terkena..pada ketika itu,rasa sangat malu dengan beliau..manakan tidak,sebelum ini,beliau lah yang paling tak suka ambil kisah hal di rumah..tup2 beliau yang remind saya..adeh..

terus sahaja saya on skype.."MAK,HAPPY BIRTHDAY!" itulah perkataan pertama yang keluar tatkala emak sudah duduk di hadapan web cam..mak tersenyum..seketika kemudian tergelak..entah apa yang lucu..perbulan dengan insan bergelar ratu hati itu tidak lama..hanya beberapa minit..namun,cukup jelas di wajah beliau,beliau sangat gembira pada ketika itu..manakan tidak, adik saya itu memberi beliau hadiah! sepanjang perbualan singkat itu,saya perasan yang emak berkali kali mencium tudung pemberian udin itu..saya sebak..namun segera saya alihkan topik perbualan..tak mahu emak lihat air mataku menitis..cukuplah emak lihat air mata ini 6 bulan lalu..ketika di KLIA..dek kerana air mata ini,emak demam risaukan diri ini..emak..lagi sekali,hati saya hiba..namun saya sembunyikan dengan gelak tawa..tak tahan rasanya hati ini..sedih..saya tak tahu mengapa..mungkin terharu kerana adik saya sudah agak matang..mungkin.....perbulan tak boleh lama kerana emak perlu mengajar adik-adik mengaji..

bye mak.. :)

dalam keluarga saya, tiada tradisi menyambut birthday..tak pernah rasanya kami mengadakan birthday party..paling hebat sekalipun, ayah belanja makan..namun,alhamdulillah,kami adi beradik tak pernah merungut..mungkin kerana kami faham akan kesibukan ayah..

seingat saya, pertama kali saya tahu akan apa itu 'birthday' adalah pada usia saya 9 tahun..ketika itu,kalau tak silap, cikgu suruh kami mengarang karangan tentang sambutan hari jadi..pada masa itu,barulah saya tahu tarikh lahir=hari jadi ;)

sepanjang saya hidup,hingga saat ini,rasanya boleh di bilang berapa kali saya mengucapkan "happy birthday mak"..rasanya baru 2 kali..mungkin..namun yang pasti,saya pernah mengucapkan "happy mother's day mak" 2 kali sahaja..teruk bukan? ish3 ;p

kali pertama saya mengucapkan "happy birthday" dan "happy mother's day" pada emak,seingat saya ketika saya berada di INTEC..ya! ketika itu,sangat kekok..tak tahu mengapa..mungkin kerana sebelum itu,saya tidak rapat dengan emak saya..ya,saya lebih senang bersama ayah berbanding emak..mungkin kerana faktor masa yang di luangkan..dahulu,di zaman sekolah,pergi sekolah waktu pagi,ayah hantar..pulang sekolah waktu petang,ayah ambil..sampai rumah,makan,solat,terus bersiap ke sekolah agama..pulang dari sekolah agama,sudah maghrib..makan malam,selepas itu belajar..hujung minggu pula lebih banyak menghadap tv daripada membantu emak di dapur..oleh itu,saya tidak rapat dengan emak..lebih kepada ayah kerana ketika dalam kereta untuk ke sekolah atau pulang ke rumah,semua benda yang mahu di ceritakan sudah di ceritakan kepada ayah..

namun,setelah berada jauh seperti ini,secara automatik,saya menjadi rapat dengan emak..ya,lagi sekali kerana faktor masa..ketika saya menelefon ke rumah, ayah sudah ke tempat kerja..atau kadang kala ayah out station..ya,ayah sangat sibuk sekarang..namun,saya tahu,ayah selalu cuba untuk bersama kami.. ;)

EMAK saya seorang wanita..wanita yang pada saya sangat tabah..ya,mungkin semua orang akan bekata 'mak saya pun'..tak mengapa..saya faham..saya masih ingat..dahulu,emak sering ayah tinggalkan..ayah tinggalkan emak berbulan-bulan tanpa emak sedih walau sedikit pun..tahu mengapa? kerana emak faham akan suaminya..suaminya perlu ke tanah suci kota mekah untuk bertugas..berkhidmat demi agama.. ;) masih saya ingat lagi,bagaimana payahnya emak menjaga kami ketika ayah ke mekah suatu ketika dahulu..emak masih di dalam pantang selepas bersalin..masih saya ingat lagi,bagaimana emak menangis kerana kedegilan kami..masih saya ingat lagi,bagaimana wajah emak kegembiraan membaca warkah utusan ayah dari jauh..masih saya ingat lagi,bagaimana emak teruja menanti kepulangan ayah di depan pintu setelah berbulan terpisah..ya,itulah EMAK saya..

EMAK saya cantik..ya,saya tahu,emak orang lain pun cantik juga..dahulu,emak gemuk..masih saya ingat,kalau ke kedai mahu membeli kain untuk baju raya,emak punya mesti 4 1/2 metre..masih saya ingat,kalau naik kereta,mesti kereta terangkat sebelah selagi ayah tak masuk..masih saya ingat,kalau timbang berat badan,emak ayah mesti bergaduh siapa lagi berat..namun sekarang,emak cuma perlukan 4metre kain untuk buat baju raya..kereta sudah tak berapa terangkat bila emak masuk dalam..ayah selalu kalah kalau gaduh bab berat badan..emak sekarang sudah kurus..hinggakan baju saya pun emak boleh pakai sesetengahnya..saya tak tahu perlu gembira atau tidak..emak,kakak tak mahu mak kurus..kakak tahu,emak kurus sebab emak sakit..emak selalu kata 'uish,best la..semua orang puji mak dah kurus sekarang'..ya,emak selalu sembunyikan kesakitan mak..ya,itulah EMAK saya..

EMAK saya kuat makan..ya,yang ini saya tak pasti adakah mak orang lain pun sama ;p masih saya ingat,kalau makanan kami tak habis,pinggan emaklah tempat lebihan nasi kami pergi..masih saya ingat,kalau pergi ke kenduri kahwin atau kenduri mana-mana pun,emak mesti makan dengan tawadhu'nya..masih saya ingat,kalau pergi ke kedai makan,emak akan makan dengan penuh selera..namun sekarang,emaklah orang pertama cuci tangan kalau time makan,belum sempat kami tambah,emak dah selesai makan..di kenduri pun begitu,sangat sedikit emak menjamah..di kedai makan juga,akan kedengaran emak berkata 'uish,balik ni kene makan ubat ni'..emak tak boleh makan benda berkarbohidrat tinggi,namun,mak makan juga demi menemani kami..ya,itulah EMAK saya..

EMAK saya rajin..ya,semua emak rajin..tiap pagi,emak bangun,sediakan sarapan,kejut kami untuk ke sekolah..bayangkan,berapa kali emak mesti keluar masuk dapur untuk kejut kami yang ramai ini..lepas kami semua ke sekolah,emak mula mengemas..membasuh baju..ya,kami ramai,jadi bayangkan lah sendiri berapa banyak baju yang emak perlu sidai..selepas itu,masak untuk makan tengah hari..ada adik yang bersekolah petang,jadi emak perlu mula memasak awal..sesudah selesai melayan kami makan tengah hari,emak mula mengangkat pakaian di ampaian..selepas itu melipat pula..sambil menonton tv..terkadang emak terlena..sangat penat mungkin..tapi lena emak tak lama,kerana perlu mula memasak untuk makan malam pula..kami biasa makan malam sebelum maghrib..sesudah itu,tugas emak tak henti lagi..emak perlu pastikan kami mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan homework..emak perlu menyediakan pakaian sekolah kami sebelum tidur..setelah selesai mengemas dapur,barulah emak tidur..namun sekarang,semua itu emak masih perlu melakukannya sendiri..kerana saya jauh..adik-adik pula masih bersekolah..entah bila emak boleh berehat..namun emak tak pernah mengeluh..ya,itulah EMAK saya..

ya,EMAK saya..beliau tidak pernah meminta apa-apa..apa yang dia tahu,dia mahu yang terbaik untuk kita..bayangkan,walaupun ketika menyediakan makanan untuk kita, 'ish,kakak tak suka makan keuh teaw ni,kena masak mee lain'..ketika membeli baju 'eh,udin suka ke kaler ni?'..ketika mengemas stor 'jangan alih kotak tu,nanti along marah'..dan banyak lagi..tak pernah saya dengar perkataa 'mak suka ni,jadi beli ni'..tak pernah..semuanya berkenaan anak,berkenaan suami..SEMUA..pernah saya bertanya kepada emak "mak,kakak balik ni,mak nak apa?kakak belikan handbag eh?"..apa balasan emak saya? "tak payah la belikan apa-apa..duit tu guna beli makanan kakak..jangan sekat-sekat makan tu..nanti tak boleh focus belajar" ya,pernah juga saya berkata "emak,nanti kakak ingat nak bawa mak datang sini la,macam senior kakak tu" dan balasannya "ala,tak payah..duit tu kakak guna untuk kakak..nanti dah kerja,baru fikir semua tu"..ya,saya mengaku,jiwa saya sedu ketika itu..betapa emak sayangkan saya..seingat saya,saya tak pernah dengar emak saya berkata "emak sayang kakak" sedewasanya saya,namun saya dapat merasainya dari tingkah beliau..dari percakapan beliau..dari belaian beliau..

aduh..panjang sudah entry kali ini..namun,di kala berbicara tentang orang yang kita sayang,memang tidak cukup sehari bak kata orang..terlalu banyak yang ingin di kongsikan..terlalu banyak..

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN EMAK!!~
semoga emak dirahmatiNya selalu dan berada di bawah lindunganNya selalu..

saya sangat rindu mahu mengucup tangan beliau..rindu..

yeah! here she is with her one and only beloved soul mate

here we are..big family

i pray to Allah that this happiness will be remain abadan abada insyaAllah..
;)

5 Comments:

Blogger Unknown said...

ingat lagi dulu2 tapi exam aku slalu juga balik umah ko makan tengah hari..hehehe

dah lama xmakan masakan mak kau nadh..

happi besday to makcik
smile always:)

May 24, 2010 at 7:11 PM  
Blogger nurulnadiahmohamedfauzi said...

hahhahaha..meh la ke umh aq..leh mkn mskn mak aq lg..hehehe..

June 7, 2010 at 1:41 PM  
Blogger jamstrawberry said...

giler lar lu budak..aq [yang kejam lagi zalim..hahahaa] menangis kerana satu entry ini..:((

July 14, 2010 at 3:22 AM  
Blogger Unknown said...

assalamualaikum.. sgt terharu baca entri ni, MOga Allah beri kesembuhan kpd mak kakak.. Allahumma ameen.

August 13, 2010 at 12:49 PM  
Blogger nurulnadiahmohamedfauzi said...

waalaikumussalam pena islah :)
jzkk for the dua' :)

August 17, 2010 at 11:42 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home